Wawa Punya Blog ^^
Wednesday, 29 January 2014
Perbezaan zaman dulu dengan zaman sekarang :)
budak-budak zaman sekarang memang berbeza dengan zaman dulu-dulu . Budak-budak zaman sekarang mana pandai hormat orang tua dah , saudara yang datang berkunjung ke rumah pun , mana ada dia salam . Dia buat tak tahu ja dekat tetamu yang datang tu . buat macam tak kenal , terus masuk bilik ambil phone sambung otp dengan boyfriend -,- kalau budak-budak zaman dulu-dulu , dia hormat orang tua-tua yang datang berkunjung ni , tak kira lah muda atau tua macam mana sekali pun , dia tetap hormat . lepas salam , dia tak masuk bilik terus . dia pergi dapur dulu , buatkan air teh dan biskut , letak dalam dulang bawa ke ruangtamu . Lepas tu dia tak masuk bilik lagi , tak! dia duduk sama-sama dekat ruangtamu sambil sembang-sembang dengan tetamu sampailah tetamu tu balik . nampak perbezaan kan? haa , satu lagi . budakbudak zaman dulu banyak pengalaman , penuh sangat dalam kepala otak mereka , dan semua pengalaman tu datangnya dari pengalaman yang berfaedah . berbeza dengan budak-budak zaman sekarang , budak-budak zaman sekarang ni pun ada pengalaman jugak , tapi pengalaman dia dengan zaman dulu cukup berbeza . pengalaman mereka datangnya dari pengalaman yang tidak berfaedah , seperti masuk highland tower cari hantu , lepastu buat-buat kata hilang , padahal tak hilang pun , jumpa dekat rumah girlfriend dia , satu dunia kena tipu . haish! -,- prank sungguh budak-budak zaman sekarang ni >< and satu lagi aku cukup tak suka dengan budak-budak zaman sekarang yang kurang ajar dengan orang-orang tuanya . Pernah sekali tu , aku pergi kedai nak beli topup , sampai dekat depan kedai "ayam penyet" ni , aku ternampak seorang mak dengan anak , pergi makan dekat kedai ayam penyet ni . anak dia nak apa tak tahu lah . tibatiba anak dia cakap kat mak dia macam ni "mama ni kedekut lah, sikitsikit tak bagi , orang nak tu pun tak bagi . kenapa? tamak sangat ka? tak hamak lah sial nak makan dekat sini dengan kau!" Astaghfirrulahhalazim :'( sumpah sedih aku tengok mak dia . anak dia tak pernah nak paham ibu dia , entah-entah ibu dia tak cukup duit nak beli apa yang dia nak , mana tahu kan? ish! aku tak boleh lupa muka makcik tu masa dia kena tengking dengan anak dia . tengok budak-budak zaman sekarang ni memang kurang beradab dengan orang tua :( hmmmm
Gangguan seksual .
Ramai perempuan pernah kena gangguan seksual dekat facebook and twitter right? yap , aku tahu sebab aku pon pernah kena -,- tapi takpa , senang ja nak bagi depa berhenti daripada terus menggangu kita dengan gangguan seksual ni . okay :) misalnya dia hantaq mesej kat kita . "HI" "HYE:)" okay , nampak tak tanda ":)" ni , haa jangan pernah sesekali letak tanda ni masa text dengan lelaki yang tak kenal :D okay? sebab apa? sebab bila kita letak benda ni , lelaki tu mungkin akan ingat kita ni sporting , open minded . and secara melulu dia terus masuk topik lucah . okay? :) and kalau dia text macam ni "awak , dok mana?" "dekat rumah ja" "dekat rumah , dekat mana?" "dalam bilik ja" "erm , selalu awak kunci pintu tak?" "kunci lah , kenapa?" "oh , okayokay saja tanya :)" "okay" "awak jom vc" . haa , bila dia suruh vc tu , ada lah dia nak buat something tu . dah lah tanya kunci pintu ka tak bagai? -,- haih! okay so kalau dia cakap macam tu pahampaham ja lah ea? jangan dilayan org macam ni :) lepastu kalau dia tak tanya pasal kunci pintu ka dak , terus ajak vc ja . haa , kalau kat sini hampa kena hatihati sikit . kadang -kadang kalau hat jenis jahat tu . suka tangkap gambaq kita , kalau hat jenis baik tu . just usha sambil melancap ja -,- so kalau dia suruh bukak ini bukak itu , hampa jangan lah dok tunggu sambil buat muka nak taknak ja . tutup ja vc tu . lepastu buat apa tunggu lagi? block ja terus mamat miang tu xD okay? senang right? eh! lani ramai tau jantan jenisjenis macam ni , terutama sekali yang kenal kot Imingle tu . hish! lagi lah teruk lelaki dekat situ , macam-macam jenis >< so , hati-hati lah kalau nak berkawan dengan lelaki tu , yang friendly tu , janganlah sampai terlanjur kay? ;)
Keluarga :D
Orang yang ada abang , semua kata "ish! tak best lah ada abang , buat pening kepala ja". Orang yang tak ada abg pula kata "Ish! mesti best kan ada abang? kalau nak apa-apa minta ja dekat dia". Erm , yang ada abang tu , hargai lah abang awak tu , mungkin masa ni dia buat perangai , mana tahu suatu hari nanti dia jugak lah yang bahagiakan awak dengan jenaka dia , atau belanja awak makan masa family tak ada dekat rumah :) and kepada yang tak abang tu bersyukurlah sebab awak masih lagi ada kakak . pada yang tak ada kakak atau abang tu , bersyukurlah kerana awak boleh jadi yang tertua di kalangan adik-adik awak tu . and kepada yang jadi anak tunggal tu , bersyukurlah kerana awak masih lagi ibu dan ayah :) dan satu lagi Hargai lah mereka , bukannya mengucapkan lafaz yang tak elok kepada mereka macam "eeii! bodoh lah mak aku ni , aku minta lain , lain pula yang dia bagi" "ayah kedekut lah , kalau taknak bagi , cakap ja lah , jangan lah bagi seribu alasan itu ini" "kakak aku ni teruk lah , masak telur pon tak pandai , bodoh baik tak payah jadi perempuan kalau macam ni" "abang aku ni janji macam keling lah , aku suruh dia ambil pukul 2 30 , dia ambil pukul 5 30 , pekak ka apa dia ni?" "adik aku ni perangai macam setan ja pun , tak reti nak tolong orang langsung , baik tak payah ada adik macam ni". mungkin bagi mereka , apa yang dilafazkan tu betul . betul tu memang betul , tapi cuba tegur mereka dengan sopan , jangan cakap belakang-belakang . ni tak cakap belakang-belakang , cuba kalau orang yang cakap belakang-belakang pasal kita, apa kita rasa? sakit hati kan? haa , macam tu lah juga mereka :) so , ubah sikap . yang tua dihormati , yang muda disayangi :)
Perhatian semua!
perhatian! jangan buat ni ><
- cintakan seseorang bukan kerana hati , tapi kerana rupa dan hartanya sahaja .
- cintakan seseorang hanya kerana bet dengan kawan "kalau aku dapat dia , kau bagi aku RM 1000.00"
- tak ikhlas menerima dia kerana kecacatan dia , couple secara terpaksa . sebab apa? mungkin perempuan itu menyimpan banyak rahsia kita , takut nanti dibocorkan pula .
- couple dengan ex kawan sendiri sebab nak bagi kawan kita cemburu .
- couple sebab hari-hari boyfriend/girlfriend kita boleh belanja makan , lepastu bila dah bosan makan kat tempat sama , terus putus . kikis duit namanya .
- masa nak putus langsung takdak alasan , bila nak couple balik mulalah bagi seribu alasan itu ini .
- mulanya kata cinta , ayat manis macam gula . bila dah bosan , pergi macam tu ja . setia apanya macam tu? lagi menyakitkan hati ada lah .
- Cinta terhadap seseorang hanya kerana nafsu semata-mata . sebab nak kepuasan dalam hidup :'(
Baca ni!
Gelakkan kawan kita yang mula memakai tudung labuh? kenapa? apa salah dia? apakah dosa dia memakai sebegitu rupa? apakah dia telah membuat suatu kesilapan yang besar? tak :) memakai tudung itu bagus , tapi kalau yang bertudung labuh itu lagi bagus :) apakah perempuan yang menutup aurat itu baik dan yang tertayang auratnya itu jahat? tidak sama sekali :) asalkan dia telah melakukan kewajipannya sebagai seorang muslimah :) apakah yang tertayang auratnya itu akan berkelakuan sebegitu rupa buat selamanya? tak :) setiap manusia , lelaki mahupun wanita pasti dibuka hidayahnya untuk berubah dan mengikut jalan Allah suatu hari nanti :) In shaa Allah . dan jangan lah kamu memperlekehkan orang-orang yang memakai tudung labuh , padahnya siksaan di akhirat nanti :) Wallahualam' .
03/05/2012 :)
03/05/2012-(KHAMIS) 4:37pm tarikh ni aku akan ingat sampai bilabila :) haha , ni tarikh paling sweet dalam hidup aku , iaitu tarikh aku couple dengan org yang aku sayang :) Ashraf :) haha , aku kenal dengan dia kot fb , masa tu aku baru buat fb . aku add dia , aku terus like semua gambaq and status dia xD biasalah aku dulu kaki like , tapi lani takdak fb dah . dah deactive :) so , lepas aku like , dia perasan aku suka dia mungkin -,- pastu tibatiba dia terus bagi nombor phone dia kat aku xD haish! kalau aku dah jual nombor mamat ni satgi xD hahaha . lepastu , masa tarikh tu lah kami couple :) haha , first day couple memang sweet , bila dah lamalam tudia , periuk belanga semua naik xD haha . biasalah lumrah org couple katako -,- Btw Alhamdulillah lah sebab sampai sekarang , hubungan kami masih tak putus :) In shaa Allah kekal :D Amin! oh , satu lagi :) aku harap dia tak curang dengan aku :'D
Tuesday, 28 January 2014
Langsuir .
okay ramai tanya aku macam mana rupa langsuir , haha ceni . langsuir tu kecik ja , paras adikadik kita yang darjah satu tu . rambut dia tak lurus macam dalam cerita hantu melayu , dakkk . rambut dia sebijik macam sabut kelapa , tau dak sabut kelapa cena? haa takpatakpa ada gambaq dia , boleh lah tengok . haa rambut dia kasaq sangatsangat . lepastu muka dia ermm , muka dia sebenaqnya cantik macam bunian tu . haa tapi kalau ada org buat dia marah! pergh! muka dia hitam! langsuir dengan pontianak ni takdak beza. sama ja , cuma saiz pontianak besaq sikit . and langsuir ni jenis suka bertenggek . yang pontianak ni jenis suka dok melayang >< kalau pontianak melayang , sebijik macam ikan pari , ada kain lebih dia panjang menyerupai ekoq ikan pari , lepastu baju dia macam baju kelawaq nuh . haa macam tu lah ^^ and langsuir ni dia tak terbang tau. dia jenis bertenggek tepi tingkap ja .
Subscribe to:
Comments (Atom)
